Wednesday, November 8, 2017

TADABBUR

Menurut Jumhur Ulama dan ahli tafsir surah Al-Balad diturunkan oleh Allah SWT di Makkah setelah surah Qaf. Tema surah-surah Makkiyah sangat menonjol dalam surah ini. Apalagi secara eksplisit Allah SWT bersumpah dengan negeri kelahiran nabi Muhammad SAW yang tidak lain adalah Makkah. Dalam surah ini juga Allah menceritakan keadaan penduduk Makkah yang masih mendustakan agama Allah.

Mereka silau dengan kekuatan yang mereka miliki. Mereka mengira dengan harta yang mereka kerahkan dan orang-orang yang mereka himpun akan mampu membendung kehendak Allah SWT. Mereka takkan pernah mampu membungkam risalah kebenaran yang dibawa putra terbaik Kabilah Quraisy ini. Seperti beberapa surah Makkiyah yang lainnya, surah ini ditutup dengan pembicaraan kedahsyatan hari kiamat terutama hal-hal yang berkaitan dengannya iaitu hari pembalasan. Akhir dari nasib yang akan diterima orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir.

Yang menarik dari pembahasan dalam surah ini adalah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya. Jika dalam surah Al-Fajr banyak pembahasan mengenai harta, terutama yang berkaitan dengan kesalahan persepsi mengenai harta yang berakibat pada kesalahan berikutnya iaitu : memakan harta anak yatim, harta warisan, enggan menolong fakir miskin serta berlebihan mencintai dunia maka dalam surah ini mereka digambarkan Allah SWT juga salah dalam menginvestasikan harta. Harta yang mereka kumpulkan dengan susah payah tersebut malah digunakan untuk menghalangi agama Allah. Maka Allah menjelaskan investasi-investasi yang beruntung seperti memerdekakan budak, memberi makan orang yang kelaparan, menyantuni fakir miskin dan anak yatim serta menyambung siraturrahim dan menebarkan kasih sayang. Harta yang diinvestasikan dalam urusan dan hal-hal tersebut akan Allah jamin keuntungannya. Mereka akan dimasukkan ke dalam golongan kanan yang dimuliakan Allah.

ASBABUN NUZUL

Surah Al-Balad terdiri dari 20 ayat. Kata Al-Balad, yang bererti "Negeri", diambil dari ayat pertama. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yakni turun sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah. Hampir semua pakar tafsir menegaskan hal tersebut. Namanya dalam Shahih Al-Bukhari adalah surah La Uqsimu seperti bunyi kalimah pertamanya. Ada juga yang menamainya seurah Al-Balad.

Surah ini mengandungi isyarat tentang kedudukan mulia kota Makkah sekaligus menjelaskan bahawa manusia diciptakan dengan kudrat serta potensi menghadapi serba kesulitan sejak ia dilahirkan hingga sampai ke liang lahat dan kenyataan tersebut mengharuskannya selalu siap berjuang menghadapi berbagai tentangan. Salah satu bentuk perjuangan mengangkat taraf hidup orang-orang yang lemah seperti anak-anak yatim.

Tujuan utama surah ini menurut Al-Biqa'i, adalah membuktikan betapa manusia sangat lemah dan bahawa kuasa dan kekuatan hanya dimiliki oleh Allah SWT. Pada surah ini juga menurutnya diuraikan keresahan dan kesedihan manusia serta sebab yang menghantarnya kesana, baik ia suka atau tidak, sambil menjelaskan cara untuk mengatasi keresahan itu.

Namanya Al-Balad, yang menunjukkan Kota Makkah, mengisyaratkan hal itu. Siapa yang memerhatikan rasa aman yang dinikmati penduduk Makkah dan rezeki serta kesejahteraan yang melimpah disana. Padahal peringkat awalnya ia adalah sebuah negeri yang gersang berbeza dengan negeri lain yang lebih kaya dan kuat. Siapa yang memerhatikan hal tersebut akan menyedari tujuan utama uraian surah ini.

PENGAJARAN

1. Surah Al-Balad mengutarakan bahawa manusia haruslah bersusah payah mencari kebahagiaan dan Allah SWT sendiri telah menunjukkan jalan yang membawa kepada kebaikan dan jalan yang membawa kepada kesengsaraan. Allah SWT menggambarkan bahawa jalan yang membawa kepada kebahagiaan itu lebih sulit menempuhnya daripada yang membawa kepada kesengsaraan.

2. Surah ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan Allah SWT untuk berjuang menghadapi kesulitan; janganlah terpedaya oleh kekuasaan dan harta benda yang banyak yang telah dibelanjakannya; beberapa peringatan kepada manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepadanya dan ingatlah bahawa Allah SWT telah menunjukkan jalan-jalan yang akan menyampaikannya kepada kebahagiaan dan yang akan membawanya kepada kecelakaan.