Wednesday, November 8, 2017

PENGAJARAN

1. Surah Al-Balad mengutarakan bahawa manusia haruslah bersusah payah mencari kebahagiaan dan Allah SWT sendiri telah menunjukkan jalan yang membawa kepada kebaikan dan jalan yang membawa kepada kesengsaraan. Allah SWT menggambarkan bahawa jalan yang membawa kepada kebahagiaan itu lebih sulit menempuhnya daripada yang membawa kepada kesengsaraan.

2. Surah ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan Allah SWT untuk berjuang menghadapi kesulitan; janganlah terpedaya oleh kekuasaan dan harta benda yang banyak yang telah dibelanjakannya; beberapa peringatan kepada manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepadanya dan ingatlah bahawa Allah SWT telah menunjukkan jalan-jalan yang akan menyampaikannya kepada kebahagiaan dan yang akan membawanya kepada kecelakaan.

No comments:

Post a Comment